KOTA TINGGI, 8 Disember-Siasatan berhubung syor Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, penting bagi mengetahui fakta sebenar tidak meneruskan semakan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia berikutan tuntutan Batu Puteh sebelum ini menyebabkan negara kehilangan hak terhadap kawasan berkenaan.
"Dalam tahun 2017 kita telah kemukakan kepada kerajaan pusat untuk buat rayuan kes ICJ kerana pada ketika itu pihak British telah mennyahkalisifikasikan beberapa maklumat dan kita dapati bahawa maklumat-maklumat yang menyatakan dan menunjukkan bahawa keputusan Pulau Batu Puteh tu boleh dilawan", katanya demikian selepas merasmikan Program Pemindahan Ilmu Lestari, Pengukuhan Ekonomi dan Pemerkasaan Ilmu Penduduk di FELDA Bukit Aping Timur di sini, hari ini,
RCI Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Dengan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan dilaporkan mencadangkan siasatan jenayah boleh dimulakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, 28 November lalu.
Prosiding diusulkan susulan Malaysia kehilangan Batu Puteh kepada Singapura selepas Jemaah Menteri yang diketuai Dr Mahathir pada 2018 menarik balik permohonan membatalkan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Laporan akhir yang dinyahklasifikasikan itu telah diserahkan oleh Pengerusi RCI, Tun Md Raus Sharif, kepada Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, di Istana Negara pada 12 Ogos lalu.
Sementara itu, Khaled turut memaklumkan Akademi Latihan Ketenteraan (ALK) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), diarah meningkatkan kekerapan pemeriksaan, atau 'roll-call', dalam kalangan kadet di institusi itu.
Jelas Khaled, , ia merupakan langkah keselamatan untuk mencegah kes buli yang semakin meruncing.
Tambahnya, Kementerian Pertahanan juga tidak akan berkompromi terhadap sebarang isu penderaan di UPNM.
"Jadi kita akan kerap buat 'roll call'. Kita akan pasang lebih banyak CCTV dan sebagainya, kalau berlaku apa-apa insiden seperti gaduh apa semua maka selalulah ada roll call mungkin pukul 10.00 malam, pukul 2.00 pagi.
"Jadi di situlah kita akan tahu, jadi bergantung kepada keadaan", katanya.
Terdahulu, lima Pegawai Kadet ALK UPNM yang terlibat dalam tiga kes buli dibatalkan pelantikan, pemberhentian perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bayaran ganti rugi kepada kerajaan yang dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian, 27 November lalu.
UPNM sebelum ini terpalit beberapa insiden buli membabitkan penuntut dengan kes kematian kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain dengan kesan kecederaan 90 tekapan seterika wap di seluruh anggota badan, termasuk kemaluan.
Tambahnya, tindakan tegas dan hebahan hukuman antara usaha dilakukan bagi mengekang insiden berulang.
Terdahulu, lima Pegawai Kadet ALK UPNM yang terlibat dalam tiga kes buli dibatalkan pelantikan, pemberhentian perkhidmatan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan bayaran ganti rugi kepada kerajaan yang dibelanjakan sepanjang tempoh pengajian, 27 November lalu.
UPNM sebelum ini terpalit beberapa insiden buli membabitkan penuntut dengan kes kematian kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain dengan kesan kecederaan 90 tekapan seterika wap di seluruh anggota badan, termasuk kemaluan.