fb fb fb fb fb

Isu pembuangan sampah di LTU telah dibawa ke KKR, LLM

Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail

LIPIS, 6 April- Kerajaan Negeri Pahang telah membawa isu pembuangan sampah-sarap di laluan Lingkaran Tengah Utama (LTU) kepada Kementerian Kerja Raya (KKR) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, masalah sampah-sarap itu sering terjadi setiap kali musim perayaan.

Perkara berkenaan tidak boleh dibiarkan selain mengenakan tindakan tertentu bagi mengatasi masalah itu untuk jangka pendek sementara menunggu kawasan Rehat dan Rawat (R&R) siap dibina

"Pihak KKR sedang berusaha sebab perayaan ini ramai orang. Jadi kita tiada kemudahan yang sepatutnya. Jadi kita akan minta KKR atau LLM segerakan perkara ini.

"Saya akan minta juga pejabat daerah memantau perkara ini supaya boleh bantu mana yang perlu dan kita tidak biarkan begitu saja tindakan tindakan harus diambil," katanya selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini.

Setakat ini Kerajaan negeri belum berhasrat untuk mengenakan sebarang tindakan kepada pengguna jalan raya yang membuang sampah di laluan itu.

Wan Rosdy menyifatkan, tidak adil untuk mengenakan tindakan kepada pengguna kerana kemudahan tidak disediakan selengkapnya.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI