fb fb fb fb fb

Isu pelaporan berita tidak benar, kerajaan akan ambil tindakan sewajarnya

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil

KUALA LUMPUR, 1 April- Tindakan tegas akan diambil terhadap sebuah portal yang telah menimbulkan kemurkaan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata portal tersebut perlu harus berhati-hati dalam melaporkan suatu perkara dan tidak menyebarkan maklumat yang berunsurkan tokok tambah dan tidak benar.

"Saya kesal dengan tindakan portal tersebut kerana memang teguran daripada pejabat Istana Pahang. Bagi saya, ini tidak patut berlaku dan saya telah minta Jabatan Penerangan (JaPen) untuk segera lakukan siasatan dan kita akan jamin tindakan yang tegas yang sewajarnya akan diambil."

"Ini seharusnya menjadi satu pengajaran kepada semua media agar sentiasa berhati-hati dalam kita membuat pelaporan dan menulis, sama ada tajuk ataupun isi kandungan supaya tidak menokok tambah," kata Fahmi kepada pemberita di ibu negara hari ini.

Sebelum ini, Pengelola Bijaya Diraja Utama Sultan Pahang, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Zahari Datuk Yahya, berkata laporan bertarikh 22 Mac lalu itu bersifat fitnah dan boleh memberikan implikasi yang negatif sehingga mampu mendorong kepada suasana yang tidak harmoni dalam masyarakat.

Paduka baginda menegaskan bahawa titah baginda ketika sesi Taklimat Pembangunan daerah Maran di Akademi Tani Chenor, Maran itu tidak seperti apa yang dilaporkan oleh portal berita berkenaan.

Kenyataan Paduka baginda itu tidak ditujukan kepada mana-mana parti politik dan bersifat secara umum.

Dalam ucapan itu, yang disahkan Istana Pahang termasuk “sembahyang dua imam” dan "mengisytiharkan” orang lain sebagai “kafir”.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM