Isu libatkan Rex Tan ditangani ikut peruntukan undang-undang

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil bercakap kepada media selepas Majlis Pelancaran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional Shah Alam, hari ini.

SHAH ALAM, 21 Januari – Masyarakat diminta supaya tidak bertindak secara berlebihan dalam isu melibatkan wartawan, Rex Tan dan sebaliknya membiarkan perkara tersebut ditangani secara berhemah serta berlandaskan undang-undang sedia ada.

RINGKASAN BERITA AI
  • Masyarakat diminta tidak bertindak berlebihan dan menyerahkan siasatan kepada polis mengikut peruntukan undang-undang.
  • Tindakan mengugut atau mendedahkan maklumat peribadi keluarga Rex Tan dianggap satu kesalahan serius di bawah Seksyen 507.
  • Amalan doxing adalah jenayah dan mereka yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, setiap aduan mesti disiasat oleh pihak berkuasa tanpa sebarang unsur kekebalan atau pilih kasih.

“Komitmen jelas Menteri Dalam Negeri adalah agar semua pihak tidak bertindak berlebihan dalam menghukum mana-mana individu, sebaliknya menyerahkan sepenuhnya siasatan kepada pihak polis yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab untuk mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang.” katanya pada Majlis Pelancaran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di Pusat Mel Nasional Shah Alam.

Pada masa sama, beliau menasihati masyarakat supaya tidak mengugut atau mendedahkan maklumat peribadi ahli keluarga individu yang terlibat, kerana tindakan sedemikian disifatkan sebagai satu kesalahan serius.

“Jangan sampai wujud perbuatan mengugut atau mendedahkan maklumat peribadi ahli keluarga Rex Tan kerana tindakan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah pindaan Kanun Keseksaan Seksyen 507.

“Amalan ‘doxing’ adalah satu kesalahan jenayah, dan mana-mana pihak yang terlibat boleh dikenakan tindakan undang-undang.” tegasnya.

Sebelum ini, Majlis Media Malaysia mengecam tindakan mendedahkan maklumat peribadi, gangguan serta ugutan yang menyasarkan wartawan, susulan kritikan terhadap Tan.

Makan Sihat, Hidup Sihat: Bagaimana Ajinomoto (Malaysia) Berhad Membentuk Gaya Hidup Lebih Sihat di Malaysia

Artikel Tajaan