fb fb fb fb fb

Isu godam: Pertemuan dengan WhatsApp akan diadakan - Fahmi

Fahmi Fadzil

PUTRAJAYA, 7 Disember- Satu pertemuan akan diadakan antara pihak Kementerian Komunikasi dan Digital dengan pengendali aplikasi WhatsApp iaitu META untuk membincangkan tahap keselamatan aplikasi berkenaan dalam masa terdekat

Menterinya, Fahmi Fadzil berkata, ia susulan wujud trend akaun WhatsApp pengguna di negara ini digodam dan aduan mengenai perkara itu juga diterima beliau daripada beberapa individu secara peribadi.

"CyberSecurity Malaysia ada mengeluarkan satu amaran tentang bahaya akaun WhatsApp yang diambil alih oleh penjenayah.

"(Jadi) kita akan adakan pertemuan dengan pihak WhatsApp yang dikendalikan oleh META. Saya berhasrat untuk adakan pertemuan minggu depan.

"Ia bagi memahami apakah aspek keselamatan (WhatsApp) pada waktu ini kurang cukup dan dieksploitasi oleh penjenayah?" katanya kepada pemberita pada Majlis Penutupan Program Jelajah Anti-Scam Kebangsaan 2023 Wilayah Persekutuan Putrajaya di sini.

Fahmi turut menasihatkan pengguna media sosial agar sentiasa peka dan prihatin dengan perkembangan jenayah siber yang sentiasa berubah dari semasa ke semasa. 

"Jadi tolong hati-hati, kalau nampak link (pautan) meragukan, jangan klik, itu nasihat saya," tambahnya.

SITI AISHAH BINTI MD ISA