fb fb fb fb fb

Kes Ebit Lew, Mondy: 13 saksi dipanggil untuk siasatan

KUALA LUMPUR, 21 September- Seramai 13 orang saksi telah dipanggil untuk siasatan kes Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew berhubung dakwaan merogol wanita dari Indonesia, Mondy Tattoo.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, Ebit Lew telah membuat laporan polis mendakwa difitnah, serta menafikan tuduhan rogol tersebut sebaik tiba di Malaysia lima hari lepas.

Polis juga telah mengambil telefon bimbit milik Mondy untuk tujuan siasatan.

"Ada peruntukan undang-undang untuk kita mengambil (telefon), kita tidak rampas, (ia) untuk membantu kita dalam siasatan.

"Jadi, bila kita ambil, kita akan siasat kandungan dalam (telefon) itu, sama ada betul atau tidak, selari dengan apa yang dia nyatakan dan sebagainya," katanya dalam sidang media di Bukit Aman di sini.

Sebelum ini, Mondy yang masih berada di Malaysia telah membuat laporan polis menyatakan dirinya telah dirogol oleh pendakwah tersebut.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan, Seksyen 500 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998.

(Mohd Shuhaily Mohd Zain)

Media Baharu