fb fb fb fb fb

Isu 3R tidak boleh disentuh sesuka hati - PM

Foto BERNAMA

 KUCHING, 27 Mei- Isu perkauman, agama dan institusi diraja (3R) tidak boleh disentuh sesuka hati.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa isu 3R sebagai wacana semasa, akan berupaya mencetuskan ketegangan di negara yang mempunyai berbilang kaum.

"Saudara boleh tegur soal kaum saudara, boleh cadang dan beri pandangan. Tetapi isu 3R ini tidak boleh disinggung, menghina agama itu tidak dibenarkan," kata Anwar pada Majlis Kemuncak Hari Wartawan Nasional, Hawana 2024 di Kuching, petang tadi.

Dalam majlis tersebut, beliau turut mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi Tabung Kasih@HAWANA dan RM1 juta lagi untuk latihan dan kursus berkaitan teknologi AI buat para pengamal media.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM