GEORGE TOWN, 5 April- Kerajaan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak sekiranya menyentuh sentimen isu raja, agama dan kaum atau 3R.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata tindakan tegas akan dikenakan terhadap mana-mana pihak yang mencabar prinsip perlembagaan termasuk menyentuh hak orang Islam dan bukan Islam di negara ini.
"Saya rasa bukan tangkapan, dia dipanggil untuk disiasat, penting bagi kita faham. Kenyataan kerajaan, kemudian kenyataan oleh Yang di-Pertuan Agong, isu ini kalau betul, ada masalah seperti mana stoking... serius, siasat, tangkap, dakwa, kita jalan terus. Jangan kita guna isu ini dan isu-isu lain untuk menghasut," kata Anwar ketika mengulas isu membabitkan Ketua Pemuda UMNO, Dr Muhamad Akmal Saleh.
Terdahulu, Muhamad Akmal memberi keterangan lebih dua jam di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu berhubung isu stoking tertera kalimah Allah.
Artikel Berkaitan:
Kerajaan berusaha naikkan gaji penjawat awam sebelum akhir tahun ini - PM
Anwar mahu projek LRT di P.Pinang disegerakan