KUALA LUMPUR, 11 Julai- Sebanyak 222 'wayang pacak' akan disediakan seluruh negara bersempena Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 bagi memberi ruang orang ramai menyaksikan dan merasai sendiri perjalanan istiadat itu pada 20 Julai ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata Istiadat Pertabalan merupakan sesuatu yang unik dan perlu dikongsi bersama rakyat.
"Memandangkan Agong adalah ketua negara, istiadat pertabalan adalah secara formalnya saat di mana Tuanku ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong.
"Jadi ini adalah momen yang sangat bersejarah dan unik dalam seluruh dunia cuma mungkin ada tiga sahaja negara yang mengguna pakai sistem proses pemilihan dan pelantikan ketua negara seperti Malaysia,"kata Fahmi.
Tambahan beliau, majlis pertabalan tersebut akan diserikan dengan keberangkatan Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Raja Bahrain Sheikh Hamad bin Isa Al Khalifa.