fb fb fb fb fb

IPD Taiping juara Ujian Mara Lasak KP Hero Perak 2024

Foto RTM

IPOH, 20 Februari - Pasukan Ibu Pejabat Polis (IPD) Taiping muncul juara Ujian Mara Lasak KP Hero Perak 2024 yang diadakan di Markas Briged Utara, Pasukan Gerakan Am (PGA) Ulu Kinta, pagi tadi.

Ujian itu disertai kesemua 15 IPD di Perak dan satu pasukan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, ujian diadakan bertujuan menguji tahap ketahanan mental dan fizikal warga PDRM Perak.

" Ujian dapat memupuk semangat kerjasama, saling membantu antara satu sama lain.

"Selain itu, ia dapat meningkatkanlagi keyakinan diri mereka dalam menghadapi situasi getir semasa ujian diadakan. Itu sebenarnya objektif sebenarnya dalan Ujian Mara Lasak KP Hero 2024 ", katanya yang ditemui selepas merasmikan Majlis Penutup Ujian Mara Lasak KP Hero Perak 2024 di sini pagi tadi.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD