fb fb fb fb fb

Internet, Wifi percuma bukti komitmen kerajaan sedia keselesaan internet untuk Keluarga Malaysia

BATU PAHAT, 5 Mac- Inisiatif projek WiFi dan Internet percuma menggunakan teknologi Television White Space (TVWS) yang dilancar hari ini membuktikan kesungguhan dan komitmen kerajaan menyediakan keselesaan internet untuk Keluarga Malaysia.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, projek pertama seumpamanya di Malaysia itu bakal memberi manfaat kepada mahasiswa serta penduduk di kawasan luar bandar yang memerlukan internet berkelajuan tinggi untuk melaksana pelbagai urusan harian.

"Dengan penawaran WiFi dan Internet percuma menggunakan teknologi TVWS di lokaliti-lokaliti terpilih, kebergantungan pelan Jaringan Digital Negara (JENDELA) dapat dilaksanakan dengan lebih pantas hasil inisiatif universiti awam di bawah Kementerian Pengajian Tinggi (KPT),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.



Tambah beliau, teknologi yang yang dibangunkan oleh UiTM Holdings dan rakan strategiknya itu menggunakan gelombang televisyen tersedia UHF dan UVF yang tidak digunakan oleh syarikat penyiaran untuk dimanfaatkan sebagai infrastruktur Internet berkelajuan tinggi.

"Kawasan Taman Industri Seri Sulong di Parit Sulong telah terpilih sebagai lokasi pertama projek TVWS berkenaan," katanya lagi.

Media Baharu