fb fb fb fb fb

INSP MATRADE berakhir dengan jayanya di SEMICON SEA 2024

FOTO MATRADE

KUALA LUMPUR, 1 Jun- Program Penyumberan Antarabangsa (INSP) anjuran Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) berakhir dengan jayanya di acara SEMICON Asia Tenggara (SEA) 2024.

Acara yang diadakan di MITEC Kuala Lumpur itu mendapat perhatian dalam kalangan pemain serantau utama dalam industri semikonduktor.

Melalui kenyataan, MATRADE memaklumkan penggiat global daripada industri semikonduktor berminat untuk bekerjasama dengan syarikat Malaysia bagi mengembangkan pangkalan pembekal mereka.

Menerima pengunjung yang ramai dari 28 hingga 30 Mei, Pavilion Penyumberan Malaysia menampilkan 25 syarikat teknologi dengan kecekapan yang pelbagai dalam robotik, automasi kilang, teknologi dron, teknologi kesihatan dan kenderaan autonomi.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE