fb fb fb fb fb

Insiden kebakaran paip gas: 132 mangsa disahkan pulih,18 masih dirawat

Menteri Kesihatan, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad / Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 23 April-Seramai 150 mangsa telah menerima rawatan di fasiliti kesihatan sehingga tengah hari tadi susulan insiden kebakaran saluran paip gas di Putra Heights, baru-baru ini.

Menurut Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, seramai 18 mangsa insiden berkenaan masih menerima rawatan sehingga kini.

"Daripada jumlah tersebut, seramai 132 pesakit telah pun dibenarkan keluar wad, manakala 18 orang masih menerima rawatan", katanya pada sidang media sempena perasmian Persidangan dan Pameran Penjagaan Kesihatan dan Farmaseutikal Asia Tenggara (SEACARE) 2025 di sini.

Insiden kebakaran saluran paip gas Petronas yang berlaku pada pukul 8.10 pagi itu, menyebabkan api marak setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah 1,000 darjah Celsius, dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar manakala 218 rumah tidak terjejas.

 

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD