fb fb fb fb fb

Insentif RM2000 bantu persediaan sekolah, perayaan

Foto hiasan

PUTRAJAYA, 23 Februari- Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 yang diterima hari ini, nyata memberi kelegaan buat semua penjawat awam.

Rata-rata penjawat awam yang ditemui menyatakan bantuan tersebut dapat membantu menguruskan perbelanjaan harian termasuk persediaan persiapan persekolahan anak-anak.

"Dengan bantuan yang sekarang kerajaan bagi alhamdulillah sangat-sangat membantu. Saya sebagai penjawat awam yang banyak memerlukan bantuan kewangan, pelbagai urusan penjawat awam seperti anak sekolah, bantuan beli barang-barang keperluan harian memang amat-amat membantu kami", kata penjawat awam Nadiha Azemi.

"Saya amat berterima kasih pada pihak kerajaan kerana hari ini penjawat awam dapat insentif RM2000 yang banyak dapat membantu kami dalam urusan harian untuk perbelanjaan persediaan hari raya, perbelanjaan anak-anak, sangat membantu kami, terima kasih", kata penjawat awam Fatin Yusof.

"Alhamdulillah terima kasih Kerajaan MADANI bantuan RM2000 ini banyak membantu. Kami sebagai ibu bapa kepada anak yang segala perbelanjaan anak dapat kita gunakan. Jadi saya harap daripada kajian ini untuk kita percepatkanlah dari segi kajian pelarasan gaji tersebut. Ia membantu perbelanjaan dari segi raya tahun ini, dari segi pembelian baju dan juga keperluan semasa", kata penjawat awam, Muhammad Adli Hanafi Rusli.

"Ia membantu dari segi hendak balik kampung semasa perayaan, Tahun Baharu Cina, jadi kita pergi dulu, selepas ini dapat balik semula untuk perayaan Gawai. Saya sambut dua-dua Tahun Baharu Cina dan Gawai, saya dapat balik kampung dengan bantuan RM2000 tersebut. Saya rasa bersyukur jugalah kerana dapat membantu mengurangkan beban kehidupan", kata penjawat awam, Barnabas Yong Rian Fock.

Menerusi Belanjawan 2024 tahun lalu, kerajaan bersetuju untuk memberi Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

ROSLINA BINTI DIN