PUTRAJAYA, 23 November- Kerajaan akan terus memberi fokus kepada program dan inisiatif menangani isu ekonomi dalam kalangan rakyat di negara ini.
Jelas Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil, melangkah ke hadapan pelbagai program akan dilaksana kerajaan untuk membantu golongan yang memerlukan.
"Sebagai contoh salah satu daripada program yang akan kita umumkan pada 29 November ini sempena Persidangan Pusat Ekonomi Digital (PEDi) 2023 kita akan ubah menjadi pusat pemangkin ekonomi digital di mana kita lihat ekonomi digital mampu menjadi satu cara untuk meningkatkan ekonomi rakyat pendapatan rakyat,"katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Majlis Kesyukuran Setahun Pentadbiran Perdana Menteri dan Kerajaan Perpaduan di Putrajaya.