fb fb fb fb fb

Inisiatif baharu pengukuran tanah NCR, lebih sejuta hektar tanah telah diukur

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh

SIBU, 16 Februari - Jabatan Tanah dan Survei Sarawak berjaya mengukur 1.13 juta hektar tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di seluruh negeri, sejak 2010 sehingga Disember tahun lalu.

Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak, Datuk Len Talif Salleh berkata daripada keluasan tersebut, 0.89 juta hektar telah pun diwartakan.

"Dengan inisiatif baharu dengan peruntukan yang telah disediakan kita telah menyukat dengan menggunakan seksyen enam ini untuk mempercepatkan penyukatan tanah NCR," katanya.
 
Tambah Len Talif, setakat Disember tahun lalu juga sebanyak 82,251 lot individu telah berjaya diukur melibatkan kira-kira 100,000 hektar kawasan.
 
Katanya, daripada jumlah itu, sebanyak 28,704 lot telah dikeluarkan surat hak milik tanah di bawah Seksyen 18 Kanun Tanah Negeri.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN