MELAKA, 13 Oktober – Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) yang merekodkan jangkitan influenza melebihi 50 kes dalam kalangan pelajar dibenar untuk laksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PDPR).
- PDPR dibenarkan untuk putuskan rantaian virus dan membolehkan sanitasi dijalankan.
- Pengurusan MRSM diberi budi bicara tanpa tempoh PDPR ditetapkan.
- Pelajar dibenarkan pulang; kecuali pelajar SPM sihat boleh terus tinggal di MRSM.
- Sanitasi dijalankan di asrama dan kawasan dalam MRSM bagi kawalan jangkitan.
- 34 daripada 57 MRSM sudah melaksanakan PDPR susulan penularan influenza.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ia bagi memutuskan rantaian virus dan membolehkan proses sanitasi dilakukan.
Tambah beliau, pengurusan MRSM diberi kelonggaran untuk membuat pertimbangan sebaiknya tanpa menetapkan tempoh pelaksanaan PDPR terbabit.
“Semua pelajar dibenarkan pulang ke rumah. Namun bagi pelajar-pelajar SPM yang tidak terkena jangkitan dan memilih untuk berada di MRSM, mereka boleh teruskan.
“Kita ada jumlah yang mampu dikawal peringkat MRSM. Pada masa sama kita akan melaksanakan sanitasi di asrama dan kawasan-kawasan dalam MRSM,” jelasnya kepada media selepas menyempurnakan perasmian penutup Program Pemerkasaan Wanita MARA Kota Melaka, malam tadi.
Datuk Dr Asyraf Wajdi memaklumkan setakat ini 34 daripada 57 MRSM di seluruh negara melaksanakan PDPR setakat susulan penularan influenza dalam kalangan pelajarnya.