PUTRAJAYA, 23 September – Kadar inflasi negara meningkat 1.3 peratus pada Ogos 2025 apabila Indeks Harga Pengguna (IHP) mencatatkan 134.9 berbanding 133.2 pada bulan sama tahun lalu, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) dalam kenyataannya.
Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd Uzir Mahidin berkata, peningkatan dipacu kumpulan Insurans dan Perkhidmatan Kewangan (5.6%), Penjagaan Diri dan Perlindungan Sosial (4.0%), Restoran dan Perkhidmatan Penginapan (3.5%), serta Makanan dan Minuman (2.0%).
Bagi kumpulan makanan, inflasi makanan di luar rumah kekal tinggi pada 4.3%, manakala makanan di rumah mencatat kadar negatif 0.1% disumbang oleh penurunan harga sayur-sayuran , susu dan produk tenusu serta buah-buahan .
Harga ayam standard kekal stabil sekitar RM10.17 sekilogram pada Ogos 2025, hampir sama dengan tahun sebelumnya.
Mengikut negeri menunjukkan Johor (2.0%), Selangor (1.5%), Terengganu (1.5%) dan Negeri Sembilan (1.4%) mencatat inflasi melebihi paras nasional.
Manakala Kelantan pula merekodkan kadar terendah, 0.1%.
Secara bulanan, inflasi naik 0.1% berbanding Julai, manakala inflasi teras meningkat kepada 2.0%.
Dari segi perbandingan serantau, inflasi Malaysia lebih rendah berbanding Vietnam (3.2%), Indonesia (2.3%) dan Korea Selatan (1.7%).
Namun lebih tinggi daripada Thailand ( -0.8% ) dan China ( -0.4% ).