fb fb fb fb fb

Industri sawit, Belanda lanjutkan kerjasama dengan Malaysia

Foto Fadillah Yusof

BANGI,1 November- Belanda bersetuju melanjutkan kerjasama dengan Malaysia untuk tempoh lima tahun lagi menerusi program Inisiatif Kebangsaan bagi Pekebun Kecil Kelapa Sawit Mampan dan Iklim-Pintar (NI-SCOPS).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia bertujuan meningkatkan kesedaran mempraktikkan amalan pertanian yang baik.

"Alhamdullilah, Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte mengatakan persetujuan untuk menyambung selama lima tahun lagi bagi program ini.

"Mereka datang dengan dana untuk mendukung dan menyokong program ini, yang merupakan salah satu program yang saya lihat begitu baik sekali,"katanya kepada pemberita di sini.

Memorandum Persefahaman (MoU) ditandatangani melibatkan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dengan dua badan bukan kerajaan (NGO) Belanda.

Belanda pengimport minyak sawit Malaysia terbesar dalam kalangan negara Eropah, malah sentiasa menyokong program yang membantu pekebun kecil.

Rutte hari ini mengadakan lawatan kerja ke MPOB.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM