fb fb fb fb fb

Industri koko bakal sumbang pendapatan eksport mencecah RM9 bilion - KPK

Foto FB Chan Foong Hin

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Kerajaan menyasarkan industri koko negara akan menyumbang pendapatan eksport sebanyak RM9 bilion pada tahun ini.

Sasaran itu selepas industri koko Malaysia telah memperoleh pendapatan eksport sejumlah RM8.2 bilion, tahun lepas.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Chan Foong Hin berkata harga koko pada ketika ini, berada pada tahap yang tinggi.

Justeru, sektor huluan (upstream) koko negara perlu mengambil peluang untuk meningkatkan pengeluaran koko.

"Sekarang ini, Malaysia ada industri yang matang untuk sektor hiliran (downstream) koko."

"Namun, untuk sektor huluan iaitu bahagian penanaman koko, saya amat mengalakkan pekebun-pekebun untuk lihat semula pengeluaran kepada penanaman koko ini," kata Datuk Chan kepada pemberita selepas melancarkan "Expo Food and Drinks Malaysia by SIAL Network" di ibu negara.

Selain industri koko, kerajaan juga berharap industri lada akan terus mengembangkan pengeluaran ke peringkat global.

Permintaan lada di peringkat global dijangka terus meningkat pada tahun 2024 dan 2025.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM