fb fb fb fb fb

Industri halal mampu memenuhi aspek ekonomi Islam

Datuk Seri Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 17 September- Industri halal dilihat mampu memenuhi aspek ekonomi Islam yang tidak dapat dikuasai sektor kewangan.

Ia mampu menarik penyertaaan lebih luas merangkumi Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), golongan petani, nelayan dan peruncit.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, perkembangan itu secara tidak langsung dapat mencapai maksud Ekonomi MADANI yang digagaskan kerajaan, selain semangat Maqasid Syariah demi menyantuni rakyat.

"Dari sudut yang agak berbeza ia memberikan gambaran bahawa ekonomi Islam bukan lagi terletak pada institusi kewangan yang sebelum ini menerajui ekonomi Islam dari sudut penolakan sistem riba.

"...dan ada kejayaan telah dicatat. Tetapi kalau dilihat dari segi maqasid syariah keseluruhan, ada usaha ada upaya peningkatan ini ialah memperluaskan ekosistem supaya matlamat itu harus dicapai," katanya.

Beliau menyatakan perkara itu ketika berucap pada Majlis Pembukaan Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 di ibu negara.

Tambah Perdana Menteri, setiap kali lawatannya ke luar negara perbincangan berkaitan industri halal menjadi antara perkara yang dibincangkan termasuk menekankan keperluan agar Malaysia memberikan kerjasama bukan sahaja isu berkaitan pensijilan; malah meliputi perdagangan serta kegiatan halal.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI