fb fb fb fb fb

Industri halal mampu pacu ekonomi Timor-Leste - TPM

Foto Fb Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR, 29 Ogos- Sektor halal bukan berkaitan amalan pemakanan sahaja tetapi ia juga melambangkan nilai-nilai kesucian, keselamatan dan etika integriti dengan prinsip-prinsip ekonomi yang lebih luas.

Menerusi kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata industri halal mempunyai potensi besar sebagai pemacu utama pertumbuhan ekonomi di Timor-Leste.

"Ini turut dibuktikan menerusi kejayaan Malaysia dalam industri halal yang diterajui HDC dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

"Potensi pasaran halal yang dijangka melebihi AS$5 trillion menjelang tahun 2030, merupakan peluang besar yang boleh dimanfaat oleh Timor-Leste dalam membangunkan sektor halal mereka," katanya ketika lawatan rasmi ke Timor-Leste hari ini semasa mempengerusikan Sesi Perbincangan Meja Bulat Berkenaan Industri Halal anjuran Halal Development Corporation Berhad (HDC) dan 'Trade Invest of Timor-Leste'.

Ahmad Zahid turut mencadangkan agar negara itu mengambil langkah dengan mempelbagaikan ekonomi, menarik pelaburan asing dan menjana pekerjaan termasuk pelancongan, pengeluaran makanan dan farmaseutikal.

Dalam pada itu, beberapa keberhasilan utama telah dicapai dalam lawatan rasmi Ahmad Zahid ke Timor-Leste.

Antaranya, meningkatkan kerjasama dua hala dalam pendidikan tinggi.

Turut dimeterai beberapa memorandum persefahaman (MoU) bagi mempromosi kerjasama dalam bidang akademik, penyelidikan dan latihan di kedua-dua negara.

Ahmad Zahid berkata program lawatan rasmi itu juga menterjemahkan sikap Malaysia yang sentiasa menyokong negara-negara serantau termasuk mendukung usaha Timor-Leste untuk menjadi anggota penuh ASEAN.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM