HULU TERENGGANU, 2 Oktober - Industri buluh negara terus menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila laporan Unjuran Data Pasaran mencatatkan nilai eksport buluh dunia mencecah RM299.43 billion ringgit pada tahun 2024.
Jumlah itu dijangka meningkat kepada RM314.16 billion ringgit tahun ini.
Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Chan Foong Hin berkata, peningkatan itu jelas membuktikan potensi besar industri buluh sebagai salah satu pemacu ekonomi baharu negara, sekaligus memperkukuh kedudukannya di peringkat global.
"Buluh berpotensi besar menyokong industri perkayuan Malayisa kerana dia mempunyai 70 spesis termasuk 45 spesis tempatan.
"Istimewanya buluh Malaysia adalah pertumbuhan pantas, kekuatan mekanikal, daya tahannya dan pada masa ini, industri buluh disokong lebih 577 pengusaha yang terlibat dalam berbagai sektor termasuk rapor, pembinaan, tekstil, makanan, rang dan kraftangan", katanya selepas menyempurnakan perasmian World Bamboo Day 2025 di sini, hari ini.
Tambahnya, produk berasas buluh tempatan bernilai RM18.91 juta telah berjaya dieksport pada tahun lalu.