fb fb fb fb fb

Individu terlibat kes rogol pelajar didakwa di mahkamah hari ini

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 16 Oktober -Individu yang terlibat kes rogol seorang pelajar tingkatan tiga di sebuah sekolah di Alor Gajah didakwa di Mahkamah Majistret Melaka, hari ini.

Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan, pendakwaan dibuat selepas meneliti kertas siasatan yang dikemukakan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Kesemua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 375B dan 377B Kanun Keseksaan [Akta 574], serta Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 [Akta 792].

“Jabatan ini kekal komited memastikan setiap kesalahan jenayah, khususnya melibatkan mangsa kanak-kanak dan jenayah seksual, ditangani dengan tegas berlandaskan undang-undang,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini media melaporkan mangsa dirogol secara bergilir-gilir oleh dua suspek, manakala dua lagi merakam kejadian tersebut.

Susulan itu, keempat-empat suspek telah dibuang sekolah.

FARIS IZZAT SHAHARUDIN