fb fb fb fb fb

India sokong hasrat Malaysia sertai BRICS

Datuk Seri Anwar Ibrahim

NEW DELHI, 21 Ogos- India menyokong hasrat Malaysia untuk menyertai gagasan ekonomi BRICS susulan lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negara itu.

Bagaimanapun Anwar menjelaskan perkara itu perlu diputuskan negara anggota lain.

"Apabila saya kemukakan (hasrat), Perdana Menteri India Narendra Modi bersetuju untuk menyokong penyertaan Malaysia.

"Sama ada tahap ia peringkat awal, peringkat kerjasama antara negeri atau BRICKS atau penyertaan secara langsung Kena diputuskan oleh wakil-wakil mereka dalam pertemuan ketua-ketua negara di Kazan," kata Anwar.

BRICS ditubuhkan pada 2009 sebagai platform kerjasama untuk ekonomi sedang pesat membangun meliputi Brazil, Rusia, India dan China.

Sementara itu Afrika Selatan menyertai kumpulan berkenaan pada 2010.

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI