fb fb fb fb fb

Peka makanan diambil anak-anak - Nancy

Foto BERNAMA

DAMANSARA, 10 Julai- Ibu bapa perlu peka terhadap makanan yang disimpan di dalam rumah termasuk yang dimakan anak-anak.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata segelintir ibu bapa mengabaikan perkara itulebih-lebih lagi semasa anak-anak kelaparan.

"Sebab itu kita sentiasa mengadakan program untuk ibu bapa.

"Cuma kadang-kadang ibu bapa terlalu sibuk untuk mengetahui keperluan daripada segi makanan..sebab di taska memang ada dihantar memorendum mengenai panduan, apakah jenis makanan yang digalakkan untuk kanak-kanak," katanya kepada pemberita selepas pelancaran ekspo kanak-kanak bersempena Hari Otak Sedunia di sini.

Beliau turut menggesa ibu bapa agar berhati-hati dalam perkara berkenaan.

"Apa yang kita simpan dalam rumah, apa jenis makanan yang perlu kita kongsi kepada anak-anak, kita benarkan anak-anak untuk makan, itu amat penting sekali.

"Jadi sebab itu ilmu yang ada kepada ibu bapa ini amat penting, sebab itu program seperti hari ini memberi kita maklumat, yang boleh mengkayakan maklumat dalam pemikiran kita.. itu untuk kita amalkan seharian, jadi daripada segi makanan, daripada segi amalan amat penting," katanya.

Terdahulu, salah seorang daripada dua kanak-kanak yang kritikal selepas termakan keropok yang disyaki mengandungi racun tikus meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) Hospital Pulau Pinang.

BERITA BERKAITAN: 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM