fb fb fb fb fb

Ibu bapa perlu kawal penggunaan gajet anak

Nurul Aishah Abdul Raman / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 5 Januari – Ibu bapa digesa untuk memainkan peranan penting dalam mengehadkan tempoh masa skrin anak-anak mereka bagi mengurangkan kebergantungan kepada peranti digital.

Pensyarah Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA (UiTM), Nurul Aishah Abdul Raman berkata pemantauan penggunaan gajet harus dilakukan secara sistematik dan berkesan.

“Isunya bukanlah menolak penggunaan peranti tersebut sepenuhnya, tetapi pengawalan harus datang dari diri sendiri. Kawalan kendiri itu wujud apabila kita mempunyai kesedaran tentang buruknya jika terlalu taksub menggunakan aplikasi-aplikasi tertentu dalam gajet,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menjadi tetamu rancangan Selamat Pagi Malaysia di Angkasapuri Kota Media, di sini.

Nurul Aishah turut menekankan bahawa ibu bapa perlu peka terhadap cabaran tersebut, dan kesedaran tentang penggunaan gajet harus bermula dari rumah.

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN