
KUALA LUMPUR, 11 Mac– Satu kebakaran hutan bukit dilaporkan berlaku berhampiran Plaza Tol Putrajaya (MEX) di Lebuhraya Kuala Lumpur–Putrajaya, Cyberjaya petang tadi.
- Kebakaran melibatkan kira-kira 2 ekar hutan bukit.
- Panggilan kecemasan diterima pada 4.12 petang; jentera pertama tiba pada 4.21 petang.
- Operasi diketuai PBK II Mohd Fadlee Kamaruddin dari BBP Seri Kembangan.
- 21 anggota terlibat; tiada kecederaan dilaporkan; pemadaman guna dua aliran 200 kaki, dua pancutan pam dan fire beater.
Menurut Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Selangor, kebakaran itu melibatkan kira-kira 2 ekar hutan bukit tersebut.
Panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima pada pukul 4.12 petang sebelum jentera pertama tiba di lokasi pada 4.21 petang.
Operasi pemadaman diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Mohd Fadlee Kamaruddin dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Kembangan.
Seramai 21 anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat Seri Kembangan dan Cyberjaya terlibat dalam operasi berkenaan dengan bantuan beberapa jentera termasuk LFRT, FRT, EMRS dan Water Tanker.
Menurut laporan awal tiada kecederaan dilaporkan. Kerja-kerja pemadaman sedang dijalankan menggunakan kaedah dua aliran sepanjang 200 kaki dengan dua pancutan pam jentera serta peralatan ‘fire beater’ bagi mengawal kebakaran daripada merebak.