fb fb fb fb fb

Hujan lebat di Kuching: Beberapa batang pokok tumbang dan atap rumah rosak

FOTO JBPM SARAWAK

KUCHING, 29 Jun- Hujan lebat di sekitar Kuching petang semalam menyebabkan kejadian pokok tumbang dan atap rumah roboh.

Laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak memaklumkan, beberapa batang pokok tumbang berlaku di kawasan Kasuma Resort, Jalan Casuarina.

Ia turut menjejaskan bahagian belakang sebuah kereta yang berada di kawasan tersebut.

PGO menerima laporan kejadian berkenaan pada pukul 6.27 petang.

Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat, BBP Petra Jaya telah digegaskan untuk melakukan operasi mengalihkan pokok yang tumbang terbabit.

Manakala atap sebuah rumah dua tingkat di Lorong Kedandi 4, Tabuan Jaya rosak akibat diterbangkan angin ketika hujan lebat tersebut.

Sepasukan anggota dari BBP Tabuan Jaya dikerahkan ke lokasi untuk mengalihkan atap yang roboh tersebut.

3006 RIBUT SWK 23FOTO JBPM SARAWAK

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE