fb fb fb fb fb

Hujan lebat dan ribut petir diramal di kawasan Hulu Perak hari ini

FOTO HIASAN

IPOH, 14 Disember - Kira-kira 20 penduduk terjejas banjir melibatkan 10 keluarga di Larut Matang dan Selama dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) malam tadi.

Ini susulan kejadian hujan lebat yang berlaku lewat petang semalam.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Perak dalam satu kenyataan memaklumkan kesemua penduduk terjejas terdiri daripada penduduk Kampung Matang Gelugor itu ditempatkan di PPS Masjid Al-Wusta, Batu 8.

Dalam pada itu, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir akan berlaku di kawasan Hulu Perak hari ini.

Laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan aras Sungai Bidor di Changkat Jong pula melepasi paras bahaya dengan 3.57 meter pagi ini berbanding paras normal iaitu 2 meter.

TETITIA YUSOFF