fb fb fb fb fb

Hujan lebat akibatkan lima daerah terjejas banjir di Terengganu

FOTO RTM

KUALA TERENGGANU, 22 November- Susulan hujan lebat di beberapa kawasan hari ini, lima daerah di Terengganu kembali terjejas akibat banjir.

Sehingga pukul 6 petang tadi, 168 penduduk terjejas ditempatkan di sembilan pusat pemindahan sementara, PPS.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri dalam kenyataannya berkata Besut dan Dungun antara daerah baharu yang mula terjejas petang tadi.

Paling ramai di Marang dengan 87 penduduk terjejas ditempatkan di dua PPS.

Sementara itu, paras air Sungai Nerus di Kampung Bukit dan Kampung Langkap Setiu kini menunjukkan trend menaik dan berada pada paras amaran.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE