Hujan berterusan diramal landa Sabah hingga esok

Foto hiasan janaan AI

KUALA LUMPUR, 19 Februari- Hujan berterusan tahap waspada dijangka melanda beberapa kawasan di Sabah hingga esok.

RINGKASAN BERITA AI
  • Amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarkan untuk beberapa kawasan di Sabah hingga esok.
  • Wilayah terjejas meliputi kawasan di Pantai Barat, Sandakan dan Kudat.
  • Orang ramai dinasihatkan rujuk maklumat terkini melalui laman web, aplikasi myCuaca atau media sosial MetMalaysia.

Menerusi amaran yang dikeluarkan pada 2.00 petang ini, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan kawasan terlibat ialah Pantai Barat (Ranau dan Kota Belud), Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) serta Kudat.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui laman web rasmi MetMalaysia, aplikasi myCuaca atau menerusi platfom media sosial jabatan itu, selain menghubungi talian hotline1-300-22-1638 untuk sebarang pertanyaan.