fb fb fb fb fb

Hubungan Malaysia-Jepun dinaik taraf kepada perkongsian komprehensif strategik

(Datuk Seri Saifuddin (kanan) bersama Menteri Luar Jepun Yoshimasa Hayashi (kiri) mengadakan
sidang media selepas pertemuan sempena lawatan kerja Menteri Luar Jepun ke Malaysia/BERNAMA)

KUALA LUMPUR, 9 Oktober- Malaysia dan Jepun bersetuju bahawa bidang kerjasama baharu ataupun yang dinaik taraf perlu mengambil kira kepentingan bersama bagi memastikan pertumbuhan ekonomi berterusan, keamanan, kestabilan dan pembangunan mampan.

Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, kedua-dua negara sepakat menaikkan taraf hubungan daripada Perkongsian Strategik kepada Perkongsian Komprehensif Strategik.

"Bagi menyelaras penaikan taraf hubungan baharu ini, saya telahpun memulakan perbincangan di peringkat pegawai seperti dipersetujui kedua-dua pemimpin dengan mengenal pasti bidang kerjasama sedia ada yang boleh diperluas atau yang baharu yang mungkin diperkenalkan untuk manfaat kedua-dua negara," kata Saifuddin dalam sidang media bersama Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi bersempena lawatan kerja dua hari beliau ke negara ini.

"Sehubungan itu saya dan Hayashi bersepakat untuk mesyuarat dua hala antara pegawai kanan kementerian luar masing masing diadakan bagi memperkukuh bidang kerjasama dua hala yang sedia ada dan mengenal pasti bidang kerjasama baharu dengan mengambil kira perkembangan keselamatan serantau dan antarabangsa. Antaranya konflik di Myanmar, Ukraine, isu Laut China Selatan dan Laut China Timur, " katanya.

(Datuk Seri Saifuddin berucap ketika sidang media selepas pertemuan bersama Menteri
Luar Jepun Yoshimasa Hayashi sempena lawatan kerjanya ke Malaysia hari ini/BERNAMA)

Dalam pada itu, Hayashi menyifatkan Malaysia sebagai rakan strategik yang penting untuk Jepun dalam menangani isu antarabangsa.

Dalam pada itu, Hayashi menyifatkan Malaysia sebagai rakan strategik yang penting untuk Jepun dalam menangani isu antarabangsa.

"Dalam Mesyuarat Menteri Luar tadi, kami berjaya melaksanakan perbincangan sampingan yang bermakna tentang kerjasama dengan Malaysia sebagai rakan strategik Jepun.

"Dengan keadaan serantau dan antarabangsa yang semakin tenat susulan pencerobohan Rusia di Ukraine, aktiviti nuklear dan peluru berpandu Korea Utara termasuk beberapa siri peluru berpandu serta percubaan unilateral untuk mengubah status quo di Laut China Timur dan Laut China Selatan," kata Hayashi.

Media Baharu