fb fb fb fb fb

HSB kendali kes derma organ dan tisu pertama bagi tahun 2024

FOTO Hospital Sultanah Bahiyah

ALOR SETAR, 20 April- Unit Perolehan Organ dan Tisu Hospital (UPOH) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) telah berjaya melaksanakan satu kes pendermaan organ dan tisu, semalam.

Kes melibatkan seorang penderma mati otak yang menderma kedua-dua belah buah pinggang dan sepasang kornea mata.

HSB memaklumkan, ini merupakan pendermaan pertama pada tahun ini.

Perolehan organ dan tisu berkenaan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh pasukan perolehan dari Jabatan Urologi, Jabatan Oftalmologi, Jabatan Anestesiologi dan Rawatan Kritikal dan UPOH HSB.

"Pihak HSB merakam ucapan takziah serta setinggi-tinggi penghargaan kepada keluarga penderma atas kesediaan memberi kebenaran untuk menjalankan pendermaan berkenaan,"kata HSB dalam hantaran di Facebook rasminya hari ini.

"Sekalung penghargaan juga diucapkan kepada Pihak Pengurusan tertinggi, UPOH, Jabatan Oftalmologi, Jabatan Anestesiologi & Rawatan Rapi, Jabatan Neurosurgeri HSB, Jabatan Urologi HSB dan GHKL dan Pasukan Koordinator Atas Panggilan NTRC kerana menguruskan kes pendermaan berkenaan dengan lancar,"menurut hantaran tersebut.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE