fb fb fb fb fb

Hospital Tengku Anis bakal jadi pusat kecemerlangan fisioterapi

FOTO RTM

KOTA BHARU, 17 Julai - Hospital Tengku Anis (HTA) Pasir Puteh, Kelantan akan di jadikan Pusat Kecemerlangan Fisioterapi dalam tempoh lima hingga 10 tahun. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr Zaini Hussin berkata, pelbagai usaha giat di lakukan JKNK bagi merealisasikan hasrat itu.

Katanya, beberapa aspek dinailai termasuk ruang, kepakaran serta fasiliti yang mampu ditawarkan kepada mereka yang ingin mendapatkan perkhidmatan fisioterapi.

"Pertama adalah ruang yang kita perlukan. Kedua pula berkaitan dengan peralatan dan kita cuba untuk mengerakkan fisioterapi yang ada di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II).

"Tujuan kita untuk menjadikan HTA sebagai pusat kecemerlangan yang kedua untuk memusatkan kepakaran kita di sana dan mengurangkan kesesakan di HRPZ II," katanya.

Terdahulu, beliau yang mewakili Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan menyempurnakan Majlis Perasmian 7th MOH Physiotherapy Conference 2024 di Kota Bharu.
 
Sementara itu, Datuk Dr Zaini memaklumkan kes demam kepialu di negeri itu terkawal dengan tiada lagi penularan kes baru di laporkan.
 
Menurutnya, sebanyak 1,000 sampel termasuk pelajar sebuah sekolah menengah di Kota Bharu menjalani ujian saringan tifoid atau demam kepialu.

GRACE AISYAH KEDAYAN