fb fb fb fb fb

Himpunan Madani Kedah, 10,000 orang dijangka hadir

(Foto Facebook Zamri Yusuf)

ALOR SETAR, 28 April- Himpunan Madani Kedah 2023 yang berlangsung di Dataran Stargate di sini petang ini dimulakan dengan forum melibatkan anak muda dan wanita untuk mereka membincangkan berkaitan dengan Madani.

Perbincangan itu akan menyentuh mengenai penerapan konsep Madani.

Pengarah Jawatankuasa Induk Himpunan Madani Kedah 2023, Datuk Zamri Yusuf berkata pada sebelah malam pula akan diadakan pidato daripada barisan pimpinan negeri dan pimpinan nasional khususnya pidato dari perdana menteri.

Katanya, perdana menteri akan memberikan amanat secara langsung mengenai konsep Madani.
 
"Kalau kita tengok empat hingga lima bulan ini banyak hal diutarakan oleh Anwar dan menteri lain tentang perubahan yang akan dibuat di Malaysia ini belum diterima masyarakat. Himpunan seperti ini di Kedah dijangka menghimpunkan 10,000 orang. Mesej kerajaan akan disampaikan kepada rakyat melalui perhimpunan ini," katanya kepada pemberita di sini.

Pelbagai acara menarik disediakan termasuklah cabutan bertuah dan persembahan khas oleh penyanyi, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Datuk Amy Search.
 
Himpunan Madani Kedah akan bermula pada pukul 5.00 petang hingga 11.00 malam.


(Foto Facebook Zamri Yusuf)

Media Baharu