Himpunan 558 motosikal BMW RT cipta rekod MBOR

Foto Kementerian Dalam Negeri

SEPANG, 14 November – Himpunan 558 motosikal BMW RT menerusi penganjuran RT Mega Gathering 3.0 (RTMG 3.0) berjaya mencipta rekod baharu Malaysia Book of Records (MBOR) bagi kategori Largest Gathering of BMW RT Motorcycles.

RINGKASAN BERITA AI
  • RTMG 3.0 memperkukuh hubungan komuniti permotoran Malaysia dan Singapura melalui penyertaan bersama.
  • Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan pelepasan konvoi di Litar Antarabangsa Sepang.
  • Beliau menerima replika sijil pengiktirafan MBOR daripada pegawai rasmi sebagai simbol kejayaan penganjuran.
  • Program mempromosi budaya tunggangan berhemah dan meningkatkan kesedaran keselamatan jalan raya selaras aspirasi Malaysia MADANI.

Pencapaian itu mengatasi sasaran minimum 400 motosikal yang ditetapkan, dengan penyertaan melibatkan komuniti permotoran dari Malaysia dan Singapura.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyempurnakan majlis pelepasan konvoi berkenaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.

Beliau turut menerima replika sijil pengiktirafan MBOR daripada Pegawai Rasmi MBOR, Megat Faris Hussein Megat Muzaffar Shah sebagai simbol kejayaan penganjuran edisi ketiga itu.

Secara keseluruhan, RTMG 3.0 menghimpunkan 719 peserta terdiri daripada 510 penunggang tempatan, 48 penunggang dari Singapura serta 219 pembonceng.

Penganjuran program itu menjadi platform memperkukuh hubungan komuniti permotoran dua negara, sekali gus mempromosikan budaya tunggangan berhemah serta meningkatkan kesedaran terhadap keselamatan jalan raya selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.