fb fb fb fb fb

Hilir Perak banjir lagi, 209 mangsa berpindah ke PPS

PERAK BANJIR
PERAK BANJIR

IPOH, 23 Mei- Sebanyak 209 mangsa daripada 73 keluarga dipindahkan ke sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) berikutan beberapa kawasan di daerah Hilir Perak dinaiki air akibat hujan lebat malam tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak dalam kenyataan memaklumkan setakat 8 pagi ini, sebuah PPS dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Simpang 3, Parit menempatkan penduduk dari Kg Serapoh dan Kampung Buloh Akar.

Minggu lepas, daerah tersebut dan dua buah lagi daerah iaitu Taiping dan Kuala Kangsar dilanda banjir yang memaksa lebih 500 mangsa berlindung di 10 PPS selama hampir seminggu.

Hujan lebat berterusan malam tadi turut menyaksikan beberapa kawasan dinaiki air di daerah Manjung, Lahat dan Ipoh termasuk di Taman Cempaka. - BERNAMA

aidan