fb fb fb fb fb

Hentian sebelah Kajang Selatan ditutup hingga 31 Ogos untuk naik taraf - LEKAS

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 5 Jun - Lebuhraya Kajang-Seremban Sdn Bhd (LEKAS) menutup Hentian Sebelah Kajang Selatan bermula semalam hingga 31 Ogos 2024 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf tandas dan surau di lokasi tersebut.

LEKAS dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepanjang tempoh penutupan, pengguna lebuh raya dinasihatkan menggunakan kemudahan tandas dan surau awam di hentian sebelah, Kawasan Rehat dan Rawat (R&A) Beranang (Arah Utara/ Kajang) atau stesen minyak berhampiran.

“Kerja naik taraf itu bagi meningkatkan tahap keselesaan pengguna lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Pengguna yang mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan boleh menghubungi talian infoline LEKAS 1-800-888-021.

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI