fb fb fb fb fb

Henti provokasi kaum dan agama di media sosial - Aaron

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang

KUALA LUMPUR, 15 April - Perbuatan provokasi kaum dan agama di media sosial perlu dihentikan, bagi memastikan keharmonian dan ketenteraman awam terjaga.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang dalam satu kenyataan menekankan, pihaknya sentiasa mengambil berat serta menggalakkan persefahaman masyarakat untuk mengamalkan fahaman masing-masing secara aman di negara ini.

Pertemuan telah diadakan antara Kementerian Perpaduan Negara dan wakil Malaysia Hindu Sangam Malaysia bagi perbincangan dalam mencari penyelesaian terbaik mengenai isu berkaitan.

Turut hadir, Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Senator Saraswathy Kandasami, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Datuk Azman Mohd Yusof dan Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, Sobri Mat Daud serta wakil-wakil daripada Hindu Sangam Malaysia.

TETITIA YUSOFF