fb fb fb fb fb

HAWA Perlis ceriakan anak-anak yatim, belanja baju raya

FOTO UMNO KANGAR

KANGAR, 18 Mac- Keceriaan jelas terpancar pada wajah enam orang anak yatim terpilih apabila mereka dibawa oleh Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) Perlis membeli baju raya di Kedai Kain Mariam, Kangar.

Kesemua anak yatim yang mewakili ketiga-tiga kawasan parlimen iaitu Kangar, Arau dan Padang Besar, diberikan kebebasan untuk memilih pakaian Hari Raya yang diingini.

Pengerusi Majlis Hal Ehwal Wanita dan Keluarga UMNO Malaysia (HAWA) Perlis, Azihani Ali berkata, usaha tersebut digerakkan bagi menceriakan anak-anak yatim dan berkongsi rezeki kepada yang memerlukan untuk menyambut Aidilfitri tahun ini.

Setiap anak yatim diperuntukkan sebanyak RM100 untuk membeli pakaian baharu.

“Lebih ramai lagi anak yatim dan asnaf di seluruh Perlis akan dibantu untuk mendapatkan keperluan Aidilfitri dan program ini dilaksanakan secara berperingkat dimana program tanggungjawab sosial ini juga dapat memberi peluang kepada anak yatim merasai sendiri nikmat membuat persiapan menyambut Aidilfitri.”

Beliau memaklumkannya pada Program Sumbangan Baju Raya Kepada Anak Yatim di Kedai Kain Mariam, Kangar yang turut disertai Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Dr Fathul Bari Mat Jahya, Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Rozieana Ahmad dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Padang Besar, Haslinda Ahmad.

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE