fb fb fb fb fb

Hari Sukan Negara galak rakyat amal gaya hidup sihat

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim

KUALA LUMPUR, 4 Julai- Liga Sukan Komuniti, FIT Komuniti, Sukan Luar Bandar dan Senaman Warga Emas bermatlamat menerapkan prinsip amalan gaya hidup sihat kepada rakyat pelbagai peringkat usia.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli Abd Halim memaklumkan program berteras aktiviti sukan dan kecergasan itu dilaksana di 122 daerah di seluruh negara.

Beliau berkata, sambutan Hari Sukan Negara turut diadakan pada bulan Oktober setiap tahun sejak tahun 2015 dengan sasaran penyertaan pada tahun ini sebanyak 4.5 juta orang.

Sambutan itu merupakan antara usaha ke arah menjadikan Malaysia negara bersukan; di samping menggalakkan rakyat mengamalkan gaya hidup aktif.

"Kementerian ini turut melaksanakan program Kemahiran Latihan Asas Sukan (KLAS): Renang yang bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan tentang kaedah berenang yang betul dan selamat.

"Sasaran penyertaan KLAS: Renang pada tahun ini adalah seramai 8,880 peserta yang terdiri daripada kanak-kanak dalam golongan B40 berumur 6 hingga 12 tahun, kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU) dan warga emas.

"Program ini dilaksanakan di 220 lokasi seluruh negara," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Siti Aminah Aching di Dewan Rakyat di sini.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM