fb fb fb fb fb

Hari Raya Aidilfitri disambut pada Rabu, 10 April

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad

KUALA LUMPUR, 9 April- Umat Islam di Malaysia bakal menyambut Hari Raya Aidilfitri pada esok, 10 April 2024.

Pengisytiharan itu diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad menerusi siaran langsung khas di TV1, sebentar tadi.

"Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja."

Maka, adalah dengan ini saya mengisytiharkan bahawa tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia adalah pada hari Rabu, 10 April 2024," umum Tan Sri Syed Danial dalam siaran langsung Pengisytiharan Hari Raya Puasa bagi tahun 1445H/2024M.

Terdahulu, umat Islam mula menunaikan ibadah puasa pada 12 Mac 2024.

Sementara itu, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi kenyataan memaklumkan kaedah yang diguna pakai di Malaysia bagi penentuan awal Syawal adalah Kaedah Rukyah (cerapan hilal) dan Hisab (hitungan kedudukan anak bulan) berpandukan Kriteria Imkanur Rukyah. 

Kriteria itu merujuk kepada syarat dimana anak bulan dikira kelihatan sekiranya berada pada kedudukan tidak kurang dari ketinggian 3 darjah dan 6.4 darjah jarak lengkung ketika matahari terbenam. 

Kenyataan tersebut dikeluarkan susulan pengumuman tarikh hari raya Aidilfitri bagi negara Arab Saudi yang akan menyambut 1 Syawal pada hari Rabu bersamaan 10 April 2024 seperti yang diumumkan semalam telah menimbulkan spekulasi dalam kalangan masyarakat.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM