SERDANG, 12 Julai - Lebih 1,000 warga Felda hadir menyerikan Program Felda Berselawat sempena Hari Peneroka Felda 2024 yang bermula hari ini hingga Ahad di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).
Hadir ke majlis itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Pengerusi Felda, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Majlis diserikan dengan alunan qasidah dan selawat nabi serta tazkirah oleh Timbalan Mufti Pahang, Datuk Badli Shah Alauddin.
Pada majlis tersebut , Saiful Anam Alisaa dari Felda Sungai Behrang diumum pemenang bagi Anugerah Tokoh Iman Felda.
Manakala Anugerah Masjid Contoh dimenangi oleh Masjid Nurul Iman Felda Palong, Segamat.
Hari Peneroka Felda bertemakan 'Segalanya Felda', bertujuan memperingati pengorbanan, meraikan sumbangan serta peranan peneroka Felda seluruh negara.