fb fb fb fb fb

Hari Kebangsaan: JAPEN Melaka tawar kelainan

AYER KEROH, 5 Ogos- Berbeza dengan sambutan bulan kebangsaan sebelum ini, Jabatan Penerangan (JAPEN) Melaka tidak lagi hanya mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai.

Tahun ini, bendera kebangsaan akan terus dipasang di setiap lokasi program menerusi aktiviti gotong-royong.

Sebanyak 11,000 jalur gemilang pelbagai saiz disediakan untuk program terbabit.

Ia akan diagih dan dipasang dalam siri jelajah program di seluruh negeri.

Menurut Pengarah JAPEN Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan serta Kibar Jalur Gemilang 2022 Peringkat Negeri akan diadakan Sabtu depan di Dataran Sejarah Ayer Keroh.

Ia bakal dirasmikan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

”Kemudian akan ada beberapa agensi yang kita kenal pasti maknanya di sepanjang bulan kebangsaan ini maknanya bukan sekadar Majlis Pelancaran di peringkat negeri Melaka, maknanya akan ada pengisian sehingga 16 September daripada jabatan dan agensi masing- masing pun ada perancangannya," katanya.


(Pengarah JAPEN Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah)

Aktiviti diteruskan dengan Program Kembara Keluarga Malaysia dan akan menerima baton Jalur Gemilang dari Johor pada 16 Ogos ini.

Sementara itu, orang ramai yang ditemui turut teruja apabila program kemerdekaan dapat dibuat secara bersemuka tahun ini.

Adam Rashid berkata ia harus di sambut dengan meriah setelah sambutannya tidak dapat diraikan sebelum ini kerana pandemik COVID-19 yang melanda seluruh negara.

"Pada pandangan saya sepatutnya diteruskan sebab ia menggamit memori semasa kecil. Generasi muda sekarang harus diberi pendedahan sebab sebelum dua tahun kita tidak dapat raikannya secara meriah," katanya.


(Adam Rashid ketika diwawancara pemberita)

Sementara itu, Ronald Wong turut menyambut baik penganjuran sambutan Hari Kebangsaan yang bakal diadakan secara meriah.

"Ya memang patut diadakan sebab kita kan sudah dua tahun tiada sambutan Hari Kebangsaan ini. Harap kedatangan bulan Ogos kali ini akan lebih bermakna dan sambutannya dapat diraikn secara meriah dan menyatukan kita semua sebagai Keluarga Malaysia," ujarnya.


(Ronald Wong)

Media Baharu