fb fb fb fb fb

"Hari ini waktu terbaik merenung nilai kasih sayang, toleransi"- Dr Zaliha

Foto facebook Dr Zaliha Mustafa

KUALA LUMPUR, 22 Mei- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa, mengucapkan Selamat Hari Wesak kepada semua penganut agama Buddha di negara ini.

Menerusi hantaran facebook, beliau menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia terus memupuk semangat perpaduan dan kerjasama, tanpa mengira latar belakang agama dan kaum.

"Dengan semangat ini, kita akan dapat membina masa depan yang lebih cerah buat negara kita, Malaysia.

Beliau berkata Hari Wesak merupakan masa yang penting bagi penganut agama Buddha, dalam memperingati kelahiran, pencerahan dan kematian pengasas agama tersebut, Gautama Buddha.

"Hari ini juga adalah waktu terbaik untuk merenung tentang nilai kasih sayang, toleransi dan keharmonian yang dianjurkan oleh agama ini.

"Pastinya ia sejajar dengan prinsip perpaduan yang kita junjung tinggi sebagai sebuah negara yang berbilang kaum dan agama", katanya.

ROSLINA BINTI DIN