fb fb fb fb fb

Hari Bertemu Pelanggan Polis Selangor, pengunjung boleh aju perkara berbangkit

Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Hussein Omar Khan

SUNGAI BULOH, 15 Mac - Rakyat Selangor dijemput untuk beramai-ramai menyertai 'Hari Bertemu Pelanggan Polis Kontinjen Selangor' yang akan diadakan pada 23 Mac ini.

Ketua Polis Selangor Komisioner Datuk Hussein Omar Khan berkata, program itu diadakan buat julung kalinya dengan tema 'Polis Sedia Mendengar'.

Program itu diadakan bersempena Hari Polis ke-217 yang akan disambut pada 25 Mac ini dan serentak itu Hari Bertemu Pelanggan turut diadakan di semua 16 Ibu Pejabat Polis Daerah Negeri Selangor bermula pukul 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.

"Program ini tidak hanya khusus pada hari polis sahaja. Tetapi akan diteruskan di bulan-bulan seterusnyalah. Orang awam dijemput hadir di Ibu Pejabat Daerah (IPD) yang berdekatan dan ke Kontijen Selangor.

"Saya sendiri di kontijen dan Ketua Polis Daerah di daerah masing-masing akan bersedia untuk bertemu dengan masyarakat untuk mendengar sebarang masalah yang berkaitan dengan keselamatan setempat, status siasatan kes, penyampaian perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kesejahteraan komuniti," Hussein bercakap dalam sidang media selepas majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Selangor.

Polis Kontinjen Selangor juga membenarkan orang ramai 'walk in' ke program tersebut namun keutamaan diberikan kepada mereka yang mendapat temu janji dengan menghantar soalan menerusi e-mel lebih awal.

TETITIA YUSOFF