fb fb fb fb fb

Harga runcit petrol kekal hingga 22 Oktober 2025

Foto fail

KUALA LUMPUR, 15 Oktober - Harga runcit petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi, di seluruh negara masing-masing kekal pada kadar RM3.18 dan RM2.60 seliter bagi tempoh 16 hingga 22 Oktober ini.

Kenyataan Kementerian Kewangan memberitahu harga runcit petrol bersubsidi RON95 di bawah BUDI MADANI RON95 (BUDI95), kekal pada paras RM1.99 seliter.

Harga runcit diesel di Semenanjung Malaysia turut kekal pada paras RM2.93 seliter dan Sabah, Sarawak serta Labuan juga kekal pada kadar RM2.15 seliter dalam tempoh sama.

Penetapan harga dibuat berdasarkan harga mingguan produk petroleum mengikut Mekanisme Harga Automatik (APM).

Kementerian Kewangan akan terus memantau trend harga minyak dunia serta mengambil langkah bersesuaian bagi memastikan kebajikan serta kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

ROSLINA BINTI DIN