PERMATANG PAUH, 7 Disember- Harga beras import dari India telah diturunkan sedikit hasil rundingan dengan kerajaan India.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia merupakan kejayaan daripada lawatan beliau ke India pada Ogos lalu.
Tambah beliau, kerajaan komited untuk meringankan beban rakyat terutama dalam memastikan keperluan asas kekal pada harga rendah.
"Mereka (India) bersetuju menjual beras dengan harga lebih murah. Kita berharap langkah ini dapat meringankan beban masyarakat," katanya.
Beliau berucap pada majlis pelancaran Program Jualan Termurah MADANI di Permatang Pauh, Pulau Pinang.
Katanya, penganjuran program jualan murah itu mampu memberikan persaingan sihat, yang mana secara tidak langsung memberi tekanan kepada harga pasaran untuk diturunkan.
Ini selari dengan objektif penganjurannyay supaya barangan dijual lebih rendah daripada harga pasaran bagi memberi lebih kuasa beli kepada rakyat tatkala dihimpit dengan kelonjakan sara hidup.