KUALA LUMPUR, 1 Januari - Harga 4 jenis barangan keperluan harian iaitu ayam segar, telur, sayur sawi dan kacang panjang turun bermula hari ini.
Ia selepas 4 daripada 12 jenis barang berkenaan berada dibawah Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM).
Tinjauan Radio Televisyen Malaysia (RTM) di beberapa pasar harian utama sekitar Ibu Negara mendapati para peniaga telah menurunkan harga barangan tersebut mengikut kadar maksimum yang ditetapkan.
Harga ayam misalnya turun sehingga RM8.80 sen sekilogram berbanding RM9.50 sen sekilogram sebelum ini.
Harga telur, sawi dan kacang juga turun dibawah paras harga maksimum yang ditetapkan.
Kerajaan sebelum ini mengumumkan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) bermula 7 Disember tahun lepas sebagai langkah menangani kenaikan harga barang.
Pelaksanaannya yang sepatutnya berakhir semalam kemudian dilanjutkan sehingga 4 Februari depan.